Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR: Ada 1,607 pengundi lebih 100 tahun di Perak

NONEJika dahulu, Perak terkenal dengan bijih timah, kali ini ia dikatakan sebagai negeri yang mempunyai warga emas yang terbanyak di Malaysia. Ini berikutan deakwaan PKR yang mendapati 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di negeri itu.

Isu itu ditimbulkan oleh ahli majlis tertinggi PKR yang juga ahli parlimen Gopeng Lee Boon Chye pada sidang akhbarnya di Ipoh semalam.

Bersama naib ketua pemuda PKR yang juga ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, Lee membekalkan dokumen bagi menyokong hujahnya itu.

Katanya dengan penemuan itu, Perak mungkin menjadi negeri yang mempunyai warga emas paling ramai.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, pengundi paling tua di negeri Perak berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun.

Lee berkata jumlah pengundi berusia antara 100 hingga 109 tahun pula adalah 1,447 orang.

Sehubungan itu, PKR menggesa SPR menyiasat pengundi berkenaan. Mereka juga mecadangkan badan pilihan raya itu melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik - yang dituntut oleh gabungan BERSIH 2.0 yang didakwa mereka boleh menyelesaikan masalah senarai pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada di senarai pendaftar.

“Pendaftaran automatik boleh menyelesaikan banyak masalah SPR, jadi mereka boleh fokus pada kerja-kerja penting yang lain,” kata Lee.

0 Komen pengunjong :