Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan cadang Bersih mengadap Agong, kemuka penipuan SPR

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (2.0), mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan penipuan dan kepincangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam paparan twitternya, Anwar mengalukan Titah Khas Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan malam tadi, berhubung rancangan Bersih untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai.
“Titah Tuanku Agong: waspada putar belit media Umno-BN. Ulasan saya: junjung kasih; Pakatan Rakyat akan cadang Bersih pohon mengadap (Baginda) kemuka isu penipuan SPR,” ujarnya.
Anwar yang kini berada di London, berkata, beliau telah menghubungi Penasihat Dap, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung titah seri paduka baginda dan menyambutnya dengan baik.
Sementara itu, mengikut paparan laman Twitter dan Facebook rasmi Bersih 2.0, gabungan itu memohon mengadap Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang dibawa oleh rakyat, berhubung tuntutan reformasi pilihan raya.
“Bersih 2.0 memohon mengadap DYMM SPB YDPA untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihanraya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak DYMM SPB YDPA untuk rekonsiliasi nasional.
Sementara itu,  Jawatankuasa Pemandu Bersih.20 mengadakan sidang media khas di Petaling Jaya tengahari tadi.
Manakala Lajnah Politik PAS pula akan mengadakan mesyuarat khas tengahari ini bagi membincangkan titah  baginda yang dikeluarkan lewat petang semalam.

0 Komen pengunjong :