Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jika Najib anak jantan, biarkan p’raya adil

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVPGzCil6LhAblQrXUH69F0TOZndy-f2kE6CvJ786ZVnKSpiIvtVyrrMK0Xlml-JUcas0dl82kbIN-vCrVdv95jYejwdEhJTPTpd64KJ3swDGGkv-A2ZWQNWMLr5MpwmyR46FSxFod9sCi/s320/DSC_6309s.jpg
KUALA LUMPUR, 18 Julai: “Jika Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihan raya adil dan terima tuntutan Bersih,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, Najib mengatakan demo bukan budaya kita, justeru sepatutnya beliau kena berfikir  kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.
Beliau berkata, Najib juga tidak boleh mendabik dada kononnya BN kuat, jika berlawan di atas padang yang tidak sama rata.
“Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihan raya berjalan dengan adil, bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN.
“Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti,” ujarnya.
Tambahnya, berikan peluang kepada Parakan Rakyat (PR) untuk menggunakan televisyen bagi membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.
Beliau menambah, demonstrasi aman yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai lalu setelah usaha perundingan dan perbincangan yang telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwat kekal.
Rakyat, ujarnya tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal sedsngkan sebelum pilihan raya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya  dibatalkan penggunaannya.
“Datuk Seri Najib dan SPR  mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil seolah-olah kita minta teh tetapi yang dibawanya kopi,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :