Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Bersih : Stadium, Najib Mula Dolak- Dalih

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula berdolak dalih, kurang 24 jam selepas membuat   tawaran untuk perhimpunan Bersih diadakan di stadium dan bukan dijalanan.

Selepas tawaran berkenaan diterima oleh penganjur perhimpunan semalam, Najib hari ini menegaskan Bersih adalah pertubuhan haram dan justeru itu,  tidak boleh memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu.

Najib berkata mana-mana pihak yang membuat permohonan untuk perhimpunan sedemikian harus berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Kenyataan itu mengejutkan lebih-lebih lagi setelah Najib sendiri menyatakan kesediaannya semalam untuk berjumpa dengan penganjur Bersih bagi membincangkan tawarannya itu.

Bagaimanapun Perdana Menteri menukar rentaknya hari ini dan menegaskan mana-mana pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan sedemikian harus berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

"Kita serahkan kepada polis untuk membuat keputusan dengan mengambilkira soal keselamatan,” kata beliau.

Penganjur Bersih menegaskan pihaknya tidak boleh memerlukan sebarang pendaftaran kerana ia hanya merangkumi 62 pertubuhan bukan kerajaan yang berkongsi agenda  untuk menuntut pilihanraya adil dan telus.

Pengumuman terbaru Perdana Menteri membayangkan kerajaan masih keberatan untuk meluluskan perhimpunan Bersih sungguhpun penganjur membatalkan rancangan awal untuk berarak ke Istana Negara.

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mendakwa bahawa hakikat Yang DiPertuan Agong berjumpa rombongan Bersih semalam, tidak menjadikan gabungan itu sah dari segi undang-undang.

Kenyataan Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno itu dibidas oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak menghormati institusi Istana Negara sendiri.

Rombongan Bersih semalam memutuskan untuk membatalkan perarakan jalanan selepas di nasihati oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam.

0 Komen pengunjong :