Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Himpunan aman mahu ‘bersihkan’ pilihan raya ‘kotor’

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/05/husam-musa51.jpg
RANTAU PANJANG : Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berfikir secara tenang dalam menghadapi isu Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Lebih jauh dari itu Husam mendakwa sekiranya Datuk Najib bijaksana, beliau mestilah mengizinkan perhimpunan itu berjalan dengan baik.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri bagaimana pun mendakwa, sekiranya Perhimpunan Aman Bersih 2.0 diganggu maka imej Malaysia di mata dunia menjadi lebih buruk lantaran pelabur menjauhi negara ini.
“Jadi saya harap Perdana Menteri fikir betul-betul.
“Jangan jadikan ‘kebangkitan Bersih’ seperti  ‘Timur Tengah’ di mana polis Mesir menindas penunjuk perasaan menyebabkan kemarahan semakin memuncak kepada Kerajaan Mesir,” dakwanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan lebih 100 peneroka Felcra Bukit Tandak,  di Kampung Rahmat, Gual Periok dekat sini malam tadi.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Periok Mohamd Awang yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Adun Bukit Tuku Abdul Fatah Harun dan Adun Kadok Azami Mohd Nor.
Husam menambah,  Datuk Hishammuddin adalah seorang yang ‘menggelabah’ berhubung himpunan Bersih 2.0.
“Dia macam Ibrahim Ali juga. Jadi saya harap Perdana Menteri tukarkan Menteri Dalam Negeri, melantik seorang yang lebih matang lagi supaya Menteri Dalam Negeri tidak mengikut perasaan dalam mengendalikan isu-isu seperti Bersih ini,” ujarnya.
Mengulas lanjut Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, beliau berkata apa yang berlaku sekarang menunjukkan Umno Barisan Nasional kini ‘macam hilang pedoman’.
Ini, katanya kerana mereka menggeledah salah satu pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya tanpa waran, dan ahli-ahli politik juga disoal siasat oleh polis.
Beliau berkata, sepatutnya Perdana Menteri mengarahkan kepincangan dalam sistem demokrasi dan pilihan raya dibersihkan.
“Jadi kalau kepincangan itu ‘dibersihkan’, kita tak payah berhimpun, tetapi kalau proses demokrasi telah ‘dikotorkan’, maka kita bertanggungjawab membersihkannya,” katanya.

0 Komen pengunjong :