Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bersih dapat permit himpun di Stadium Merdeka, sebelum dinafi polis

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), mendapat permit polis untuk mengadakan himpunan aman di Stadium Merdeka, sebelum  pihak berkuasa itu kemudian menafikannya.
Menurut laman twitter rasmi NGO itu, Bersih mendapat panggilan telefon dari Balai Polis Dang Wangi, supaya jawatankuasa pemandu NGO itu hadir untuk mendapatkan permit berkenaan.
“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” ujarnya.
Manakala Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua di laman twitternya berpendapat,  kelulusan permit itu merupakan satu kemenangan besar kepada Bersih.
“Kejayaan kepada Bersih: Polis DangWangi meluluskan permit untuk menggunakan Stadium Merdeka bagi berhimpun!!! Semua perlu datang!,” ujarnya.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh dilaporkan  berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.
Menurut twitter Bersih, wakilnya telah bertanya sebanyak tiga kali kepada pegawai polis yang menghubungi mereka dan dijawab bahwa polis telah mengeluarkan permit berkenaan, sebelum menafikan beberapa minit kemudian.
Difahamkan, Jawatankuasa Pemandu bersih kini sedang mengemukan rayuan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Menurut Tian Chua, walau apapun terjadi, Bersih tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka, esok dan mengarahkan peserta supaya berkumpul di tiga lokasi iaitu, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pudu Plaza.

1 comment :

  1. Aku nak cadang pada geng-geng semua... apa kater kita batalkan minggu nie... kita acah plak minggu depan...sure minggu depan pun polis blok jalan dan kedai pun tutup... sure org ramai marah kat BERSIH... pastu kita postpone minggu ketiga plak... kita acah tiap-tiap minggu, polis kena wat jugak roadblock, lelama rakyat akan marah kat POLIS plak, dan bukannya BERSIH, sure dlm satu-satu minggu tu polis pun dah feed-up, kena hanjing / kencing jer ngan BERSIH... haa minggu tu baru kita pakat himpun reramai....ok dak cadangan aku?

    ReplyDelete