Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Utusan dibakar di seluruh negara

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di pelbagai tempat bagi membantah penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia yang didakwa menghina Islam.

Dalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu turut menyaksikan akhbar milik Umno itu dibakar selepas solat Jumaat hari ini.

Di Kuala Lumpur, diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru.

NONEMenurut ketua penerangannya Herman Samsudin, menariknya, terdapat peserta yang tidak membakar keseluruhan akhbar itu tetapi halaman kartunnya saja yang menjadi mangsa.

"Dalam demonstrasi tadi, Ahmad Sabki ada menyebut bahawa karikatur (itu) telah melakukan kesalahan besar kepada umat Islam dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) perlu mengambil tindakan dengan menggantungkan permit Utusan Malaysia," katanya.

Keputusan mengadakan perhimpunan di seluruh negara hari ini atas arahan ketua Pemudanya Nasrudin Hassan selepas tuntutan maaf mereka tidak dilayan akhbar itu.

Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Polis arah henti

Sementara itu, di Ipoh, dua ratus orang hadir perhimpunan anjuran dewan Pemuda PAS negeri di pekarangan Masjid negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.
NONE
Penolong Setiausaha Pemuda PAS negeri Safizal Saleh berkata, himpunan hampir 30 minit itu diwarnani dengan pelbagai sepanduk mendesak Utusan segera memohon maaf.

Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.

"Berikutan itu juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Abu Bakar Hussien yang turut hadir kesal kerana pihak Utusan Malaysia tidak sensitif kepada umat Islam," katanya.

NONEDi Terengganu pula, difahamkan terdapat perhimpunan dibuat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu yang disertai ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah.

Kontroversi kartun dua panel itu bermula apabila sebuah dialog berhubung penolakan telefon bimbit sebagai bahan bukti dalam kes rogol menjadi pertikaian.

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi.”

0 Komen pengunjong :