Umno Guna Alasan Lapuk Hosni Mubarak Untuk Lumpuhkan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR 29 JUN : Ketua Pembangkang  Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Umno-BN kerana menggunakan alasan lapuk bekas diktator Hosni Mobarak untuk bertindak zalim terhadap penganjur dan penyokong perhimpunan aman Bersih 2.0. 

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menolak dakwaan  Umno kononnya Bersih 2.0 bertujuan menggulingkan kerajaan menerusi tunjuk perasaan jalanan. 

Alasan itu mirip hujah yang digunakan oleh rejim Mubarak bagi menghalalkan tindakan ketenteraan terhadap rakyat Mesir yang bangkit menentang pemerintahan beliau, kata Anwar. 

Beliau menegaskan kesungguhan rakyat Malaysia mahukan perubahan pemerintahan menerusi  sistem pilihanraya yang adil dan telus tidak harus disangsi oleh Umno. 

"Ini semua retorik dan kata-kata yang digunakan oleh Hosni Mubarak. Ugutan kepada kerajaan yang dipilih. kegiatan subversif semua ini (hujah Mubarak).  Kita sedang bercakap tentang proses demokratik yang dibawa oleh Bersih,” tegas Anwar. 

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Pagi tadi, empat belas aktivis politik ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

Antara mereka yang ditahan polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

Di Petaling Jaya, seketariat Bersih disita dan tujuh kakitangannya direman oleh polis untuk siasatan. 

Lebih 500 kemeja T dengan logo Bersih juga dirampas.    

Anwar  serta pemimpin pembangkang dan NGO yang lain serta Presiden Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan bersama  Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut disoal-siasat polis.

Menurut Anwar, UMNO menggunakan budaya ketakutan  hanya untuk mengekalkan kuasa pentadbiran mereka.

"Kerajaan ini cuba mengekalkan kuasa dengan memupuk budaya ketakutan dikalangan rakyat. Ancaman ISA kepada orang ramai dan menggunakan media. Sekarang ini ditambah dengan tangkapan, ugutan, (untuk) halang pemimpin masyarakat sivil dan pemimpin pembangkang.

Anwar mendesak Kerajaan  menghentikan tindakan keras dan ganas terhadap penyokong Himpunan Bersih 2.0 yang hanya memperjuang proses demokrasi negara ini.

"Ini tindakan melampau yang megenepikan proses undang-undang. Tak nyatakan kesalahan yang dilakukan,” kata beliau. 

“Saya tak tahu di mana-mana negara di dunia ada tindakan pakai baju bertulis bersih. Kalau baju hina orang mungkin ditangkap tapi ini bertulis bersih. Mungkin kena pakai baju kotor agaknya,"  tambahnya.

Anwar turut mendesak 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput dibebaskan kerana tuduhan kepada mereka bersifat dangkal.

"UMNO mempunyai hubungan dengan Parti Komunis China. UMNO bukan sahaja bertemu pemimpin China tapi bertemu pemimpin Komunis negara China tapi mengundang mereka menberi ucapan kepada rakyat untuk menerangkan dasar kerajaan China di bawah Parti Komunis China.  Di sini orang yang memakai dan menyebut (nama mereka) ditangkap,” kata Anwar.

"Apapun mereka manusia, dan ada hak dalam perlembagaan negara ini dan tak harus dikaitkan kaum dan agama,” tambah beliau.

0 Komen pengunjong :