Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tarif elektrik: Jaminan Muhyiddin ditolak

KOTA BHARU, 1 Jun: Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik ditolak dan disifatkan kenyataan yang tidak betul.

Ini kerana, mereka yakin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku.

“Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah,” kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof.

Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang Kelantan berkata, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.

Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat.

Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.

Baru-baru ini, kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus untuk pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan manakala pengguna di bawah RM20 akan mendapat elektrik secara percuma.

Langkah ini dikatakan cuba meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun tindakan ini  berbeza kerana kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma kepada penggunaan 20m padu pertama tanpa menaikkan harga air.

Mereka yang menggunakan jumlah yang rendah iaitu golongan pendapatan rendah yang menggunakan air sedikit sahaja (bawah 20 m padu sebulan) akan mendapat air percuma.

Bagi  Siti Zailah, walaupun 75 peratus daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik selagi mengekalkan
penggunaan elektrik pada kadar RM77 sebulan, golongan berpendapatan rendah tetap menjadi mangsa.

“Sudahlah mereka baru dibebani dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, kerajaan bebankan pula rakyat dengan kenaikan tariff
tersebut,”ujarnya.

Tambahnya, situasi ini berlaku bukan sahaja pada rakyat di kampung, sebaliknya kakitangan awam, swasta yang berpendapatan kecil juga terjejas.

Sambungnya lagi, tindakan kerajaan sebenarnya untuk mengurangkan beban kerajaan dan melepaskan beban itu kepada rakyat.

"Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara," katanya.

0 Komen pengunjong :