Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tahniah, media perdana iklan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Bukan senang hendak mendapat liputan di media perdana mengenai aktiviti pembangkang di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
“Nampaknya program Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai ini mendapat liputan yang meluas di kaca televisyen dan dada akhbar,” katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya sekalung tahniah diberikan kepada pemilik media, kerana mengiklankan program tidak berbayar.
Katanya, program Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sudah pun berjaya walaupun belum sampai masanya, kerana ia mendapat ulasan yang meluas oleh pemimpin BN.
Ini, ujarnya adalah tanda aras kejayaan rakyat yang hendak memulih sistem demokrasi di negara ini.
Menurutnya, setakat hari ini lebih daripada 400 laporan polis yang dibuat oleh Umno, cuma berlainan nama untuk menggagalkan tuntutan rakyat.
Katanya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar selaku Timbalan Ketua Polis Negara telah memberi amaran untuk membuat tangkapan awal sebagai usaha untuk menakutkan rakyat.
“Kita harapkan supaya pihak polis jangan dipandang oleh rakyat hanya untuk menjaga keselamatan Umno, bukan keselamatan negara, bertindaklah secara profesional, bukan emosional,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan kenapa demonstrasi kepala lembu di Shah Alam  tidak ada gangguan.
“Setitik air pun tidak disembur kepada mereka, sedangkan ini adalah demo yang berbentuk perkauman dan penghinaan kepada agama, ia boleh terbakar negara.
“Cuba bayangkan jika demo itu dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat, sudah pasti mereka yang terlibat disumbat di dalam ISA,” ujarnya lagi.

0 Komen pengunjong :