Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rasuah Scorpene: KEADILAN gusar peranan Suaram sebagai ‘wistle blower’

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN,  Tian Chua gusar peranan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagai wistle blower dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
“Kita khuatir dalam keadaan sekarang, mereka (Suaram) akan terima banyak tekanan dan ugutan apabila perkara itu didedahkan. Mungkin mereka akan diugut.
“Tetapi, sekiranya ia berlaku, tindakan tersebut akan menjejaskan imej negara. Kerajaan bukan sahaja menjadi pelindung rasuah, tetapi menekan dan membuli pihak yang membuat pendedahan,” kata Tian Chua ketika ditemui di parlimen hari ini.
Tian berkata, KEADILAN menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai skandal itu, sebelum imej negara rosak melalui pendedahan di Mahkamah Perancis.
“Jangan sampai Malaysia dilihat tidak serius menangani rasuah. Apatah lagi, sehingga hari ini SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak mengambil apa-apa tindakan,” ujarnya.
Suaram memfailkan kes pemberian komisen kapal selam berkenaan berjumlah hampir 114.96 Euro atau hampir RM500 juta di mahkamah Perancis, yang kini memasuki peringkat perbicaraan.
Sebelum ini dua lagi bayaran komisen didedah berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang diberitahu lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam berkenaan.
Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual peralatan tentera kepada negara ketiga termasuk Malaysia.
Sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Perimekar adalah syarikat milik Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya Abdul Razak Baginda- sahabat Najib Razak yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibu- agen bagi pembelian kapal selam tersebut.
Baru-baru ini Kementerian Pertahanan meminta hampir RM500 juta dalam bajet tambahan untuk menyelenggara kos kapal selam itu, meningkat 8 kali ganda dari kos RM50 juta setahun sepertimana yang dinyatakan Mac lalu.

0 Komen pengunjong :