Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BNBBC disaran fahami penghakiman kes Tian Chua – MP DAP, Pas

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mengingatkan ahli parlimen BN untuk merujuk dan memahami keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha yang membuat penghakiman bagi mengelakkan pelucutan status Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Beliau berkata demikian berikutan cadangan segelintir ahli parlimen Barisan Nasional melalui  Kelab Penyokong BN (BNBBC) yang merancang membentangkan usul penyingkiran Tian Chua dari Dewan Rakyat.
“Telah jelas hasrat hakim untuk mengelakkan dari berlakunya pilihan raya kecil,” kata Chin Tong kepada Keadilandaily ketika ditemui di lobi Parlimen.
“Sebenarnya jika dikaji dari sudut undang-undang, syarat pelucutan (kelayakan Ahli Parlimen akibat denda lebih dari RM 2,000) itu ditetapkan selepas merdeka.
“Waktu itu, jumlah RM 2,000 adalah besar dan sepadan dengan beban kehidupan waktu itu,” kata Chin Tong sambil menambah, undang-undang itu seharusnya dipinda.
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.
Pada 18 Jun 2010 Ghazali pada penghakiman dalam kamarnya mengekalkan denda RM 2,000, dengan tujuan agar pilihan raya kecil tidak diadakan.
“Dalam situasi ini, adalah tak masuk akal sekiranya Tian (Chua) disingkir. Tambahan pula kesalahannya adalah kecil, bukannya skandal atau jenayah besar,” tegas Chin Tong.
Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata adalah tidak wajar sekiranya seseorang ahli Parlimen mengambil pendirian untuk menafikan hak seseorang wakil rakyat yang lain.
“Apatah lagi ahli Parlimen seperti Tian Chua, seorang yang aktif dalam perbahasan di Parlimen untuk membawa isu rakyat.
“Bahkan, seharusnya hakim lebih dahulu mempertimbangkan kesalahannya. Ia tak patut berlaku sehingga menyebabkan seseorang itu kehilangan status atas kesalahan kecil,” ujar Mahfuz.

0 Komen pengunjong :