Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Azmin: Daftar Pengundi SPR "Kotor"

http://3.bp.blogspot.com/_huFKPh7VvGU/TTrGyIbGPUI/AAAAAAAAAWA/Oa7F0YYVnQ4/s1600/Gambar+Penamaan+Calon+DUN+Tenang+081.jpg
SHAH ALAM 19 JUN :Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 48 jam jika gagal memberi penjelasan mengenai pemindahan pengundi secara haram yang semakin berleluasa.
Azmin merujuk kepada Kampung Kelang Gate di kawasan parlimen Gombak yang disandangnya sendiri. Semua penduduk di kawasan itu adalah Melayu namun daftar pemilih 2010 yang diwartakan bulan lalu, menunjukkan 48 pengundi bukan Melayu.
Lebih membingungkan, rumah ibu Azmin yang tinggal berseorangan di kawasan itu  mencatatkan 6 pengundi Melayu dan 5 pengundi Cina.
"Saya cabar Datuk Wan Ahmad dalam tempoh 48jam, jawab tentang data ini, kalau tidak letak jawatan dalam SPR," katanya ketika berucap pada konvensyen pilihan raya PKR har ini.
" Saya juga boleh paparkan nama adik beradik Cina saya ini," katanya.
Justeru katanya, beliau mahu Wan Ahmad mengakui bahawa beliau menipu tentang data yang disebutkannya.
"Kalau Wan Ahmad minat politik, ayuh kita bertanding dengan saya di parlimen Gombak," cabar Azmin.
Justeru katanya, PKR begitu mementingkan pilihan raya yang adil dan bersih demi memartabatkan suara rakyat.
"Kalau Najib dan Rosmah tak boleh janji PRU yang adil, kita ada satu lagi pilihan. Kita ada satu lagi pilihan pada 9 Julai ini," tegas Azmin.
" Orang yang menolak BERSIH, sebenarnya adalah orang yang kotor," tambahnya lagi.
Selain Gombak, beberapa kawasan di Selangor juga dikenalpasti mengalami pemindahan pengundi tanpa pengetahuan mereka.
Pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat juga mengesan ratusan kes pengundi hantu - mereka yang didaftarkan sebagai pengundi tetapi tidak menginap di alamat yang diberikan.
Di kawasan Parlimen Kota Raja, SPR mendaftarkan pengundi yang kononnya menduduki di tingkat enam pangsapuri. Namun pangsapuri itu hanya mempunyai lima tingkat.

0 Komen pengunjong :