Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Video Seks : Proses Pendedahan Mahkamah Buktikan BN Terlibat

NONE

SHAH ALAM 23 MEI: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendren percaya dan yakin bahawa kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berhubung mahkamah akan mendedahkan kebenaran sekali gus menjawab semua persoalan mengenai isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu lagi bentuk konspirasi Umno-Barisan Nasional(BN).
Surendren berkata, ia merupakan contoh jelas bagaimana kerajaan telah menyalahgunakan kuasa untuk menindas pembangkang sehingga sanggup menggunakan institusi bebas seperti polis.
“Sekarang ini sudah jelas, dari apa yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri bahawa secara keseluruhan isu video seks ini memang wujud konspirasi yang melibatkan pihak kerajaan dan polis untuk menghancurkan karier politik ketua pembangkang.
"Malah, saya tidak faham mengapa MDN perlu masuk campur dan membuat kenyataan yang bukan-bukan mengenai kes ini. Kita juga perlu ingat bahawa mereka yang menjaja video seks itu termasuk Bekas Ketua Menteri Melaka itu yang mempunyai pertalian kuat dengan Umno dan Barisan nasional,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.
Portal berita BERNAMA semalam memetik kenyataan Hishamuddin bahawa mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang.
Beliau berkata, ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan.
Surendren yang juga pengamal undang-undang menjelaskan, Barisan Nasional merupakan satu-satunya pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini memandangkan tiada sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Datuk T selaku individu yang berperanan penting dalam menyiarkan klip video terbabit kepada umum.
“Dengan pastinya Umno-Barisan Nasional terlibat kerana kita lihat smapai hari ini tiada tindakan yang diambil ke atas Datuk T dan mereka seolah-olah dilindungi oleh sistem perundangan dan pihak polis serta kerajaan,” katanya.
Anwar  dalam laporan polisnya pada 22 Mac lalu menafikan lelaki dalam video seks yang tersebar itu adalah beliau.
Selain itu  Anwar juga mahukan undang-undang Qazaf digunakan untuk menyiasat kes fitnah yang dibuat oleh Datuk T iaitu Ahli Majlis TerTinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzryl Eskay.

0 Komen pengunjong :