Umno jaga Melayu seperti serigala jaga kambing- PAS


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menyelar kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mendakwa hanya Umno membela Melayu.
Menurut Idris, kenyataan Khairy itu memalukan kerana hakikatnya Umno selama ini hanya mempergunakan Melayu untuk membela pemimpin mereka dan bukan Melayu secara keseluruhan.
Beliau menyenaraikan sebahagian dari pengkhianatan yang dilakukan Umno, antaranya menafikan bayaran royalti minyak kepada Kelantan di mana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu sendiri.
Malah katanya, kerajaan juga menyekat sebanyak 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK 9).
“Macam mana Melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailand 270 kilometer,” ujarnya dalam satu kenyatan hari ini.
Menurut beliau, sepanjang mentadbir negara ini, Umno juga melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera di mana orang Melayu sepatutnya pada masa ini memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus.
Tambah Idris, penyalahgunaan hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek dan pengagihan kekayaan sesama kroni juga menyebabkan Melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.
Dalam masa yang sama, katanya, Umno memperkenalkan Kaedah pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), yang kemudian dimansuhkan selepas menelan belanja berjuta ringgit.
“Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno.
“Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupunhakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Idris  juga menolak kenyataan Khairy yang menyatakan sejarah penubuhan Pas telah menyebabkan Melayu berpecah belah.
“Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.
“Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin,” ujarnya.

1 comment :

  1. Aku sokong 100% tulisan Uztad Idris Ahmad. Berpuluh puloh skandal rasuah adalah anggkara siapa,bukan kah pasal Umno/BN. Pemimpin Umno duduk di jawatan tinggi kerajaan dan curi berbilion bilion duit rakyat. Pemimpin2 hidup macam raja, tetapi kebanyakan rakyat, khususnya orang Melayu hidup mereka seperti "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Apa mereka peduli pasal rakyat bawahan. Laporan Global Financial Integriti telah melaporkan bahawa sebanyak RM888 bilion duit haram telah seludup ke luar negara--siapa punya kerja--pastinya celaka2 Umno/BN. Wartawan bebas Barry Wain dalam bukunya The Malaysian Maverick, telah tuduh bekas Presiden Umno dan bekas PM Malaysia telah songlap RM100 bilion dengan kroni2nya.Kalau tak betul kenapa sampai sekarang tak saman Barry Wain. Satu dunia tahu Melayu2 Umno adalah LANUN DARAT

    ReplyDelete