Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tian Chua : Serangan Umno-BN bermula dengan akhbar Suara Keadilan


PETALING JAYA: Serangan bertali arus terhadap KEADILAN bermula daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan akhbar rasmi parti itu, Suara Keadilan, kata Naib Presidennya, Tian Chua.
“Dalam masa beberapa bulan siri serangan terhadap KEADILAN telah dikenalpasti. Antara yang terawal ialah menggantung permit akhbar rasmi parti, Suara Keadilan.
“Kemudian serangan diteruskan dengan pelbagai dakwaan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujar Tian ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.
Menurut Tian Chua, selepas mematikan Suara Keadilan, Umno-BN bukan sahaja menyerang  Anwar malah seluruh pimpinan parti itu.
“Sehingga kini masih ramai lagi pemimpin KEADILAN yang didakwa di mahkamah. Ini adalah percubaan untuk mengenepikan pimpinan parti supaya tidak layak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang,” jelasnya.
Pada Julai 2010, KDN menggantung akhbar Suara Keadilan berhubung satu artikel bertajuk Felda bankrap berikutan kemerosotan rizab tunai agensi itu berjumlah RM4.5 bilion dalam masa 4 tahun.
Sehingga itu, permit Suara Keadilan tidak lagi disambung  walaupun pimpinan KEADILAN berusaha untuk mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan KDN.
Selain serangan terhadap akhbar rasmi parti, Umno-BN meneruskan serangan terhadap Anwar dengan tuduhan video seks fitnah, bermula pada Mac lalu melalui trio Datuk T.
Minggu lalu, negara dikejutkan dengan percubaan pihak-pihak tertentu mensabotaj kenderaan Anwar, yang dipercayai sebagai usaha untuk mencederakan atau membunuh Ketua Pembangkang itu.
Dalam masa yang sama, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar turut menerima ugutan colek dan ancaman bunuh terhadap anak perempuannya, sekiranya Anwar tidak berundur dalam politik.
Manakala terbaru, kata Tian Chua, kerajaan menerusi Pendaftar Pertubuhan berusaha untuk mengharamkan parti itu melalui satu surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, kononnya KEADILAN melanggar perlembagaan parti.
“Ini memang rancangan yang datang dari pimpinan yang paling atas termasuk Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Perancangan yang ditujukan terhadap KEADILANadalah persediaan Umno dan Barisan Nasional menghadapi pilihan raya.
“Kita dapat lihat bahawa ini adalah tandanya dalam masa terdekat bahawa mungkin parlimen akan dibubarkan. Nampaknya mereka tidak akan kembali mendapat mandat melalui persaingan yang sihat, tetapi cara yang kotor untuk menekan dan menindas pembangkang,” jelasnya.

0 Komen pengunjong :