Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ketua pemantau pilihan raya dihumban dari Kuching


Penyelaras Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia yang berpangkalan di Pulau Pinang, Ong Boon Keong, yang ditahan di pejabat Imigresen Kuching semalam diusir dari Sarawak pada jam 8 malam tadi.

"Mereka arahkan saya tinggalkan Sarawak, tanpa memberi notis rasmi atau dokumen. Secara lisan, mereka kata saya mesti tinggalkan negeri ini kerana ada arahan Imigresen yang melarang saya masuk ke Sarawak,” kata Ong kepada Malaysiakini, pagi ini.

Dakwanya, tindakan itu tidak adil, tidak telus serta timbul akibat niat jahat politik. Justeru, beliau sedang memikirkan untuk menyaman kerajaan negeri Sarawak.

Ong berkata beliau yakin pengusirannya itu ada kaitan dengan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa berlakunya pembelian undi pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

"Parti pembangkang juga membuat dakwaan yang sama. Mereka tidak boleh menunjukkan sebarang bukti, tetapi kami boleh dan ini mengganggu sesetengah ahli politik negeri.”

Katanya, beliau memasuki Sarawak pada 21 Mei lalu dan diberikan permit untuk menetap di negeri itu selama 90 hari tetapi secara tiba-tiba diusir malam tadi.

0 Komen pengunjong :