Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kenyataan Ahmad Maslan bukti Umno dalang video- Surendran

NONE

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berhubung video seks fitnah merupakan bukti Umno menjadi dalang di sebalik pembikinan video tersebut, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan Ahmad Maslan supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan video berkenaan adalah palsu.
“Kenyataan beliau (Ahmad Maslan) menjadi bukti tangan Umno di sebalik video seks konspirasi terhadap Anwar Ibrahim.
“Ahmad Maslan berulangkali membuat kenyataan salah, tidak disokong dengan kenyataan bertanggungjawab berhubung video konspirasi tersebut, yang berniat mencemar reputasi Anwar Ibrahim dan mewujudkan prejudis orang ramai terhadapnya,” kata Surendran dalam satu kenyataan media.
Menurut Surendran, kenyataan tidak berasas itu juga menunjukkan pemimpin Umno cuba memberi arahan dan mempengaruhi siasatan polis.
“Mereka kerap menyalahi undang-undang dengan menggunakan kuasa ini bagi menentang pembangkang,” katanya lagi.
Tambah beliau, harus diingat bahawa pengadu dalam kes fitnah II, Saiful Bukhari Alzan pernah bertemu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mendakwa Anwar.
“Tindak tanduk ini amat tidak sesuai dan mencurigakan bagi seorang Perdana Menteri. Kenyataan-kenyataan Ahmad Maslan kini patut dilihat dalam konteks ini.Mereka berniat untuk menghantar satu mesej jelas kepada polis tentang hasrat Umno dan kerajaan berkaitan hasil siasatan video seks itu,” kata Surendran.
Justeru itu katanya, KEADILAN menggesa supaya kerajaan Umno segera berhenti memperalatkan polis dan agensi undang-undang untuk tujuan politik.
“Kami menyeru Umno dan kerajaan untuk berhenti menggunakan politik kotor dan komplot politik terhadap pembangkang dengan berhujah secara tertib dalam perkara yang melibatkan kepentingan negara,” tegasnya.

0 Komen pengunjong :