Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jenazah Osama dikebumi di Laut Arab


Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, USS Carl-Vinson.

Ini dilakukan selepas jenazah beliau dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam, kata pegawai pertahanan Amerika, semalam.

Dalam pada itu, beberapa ulama menyatakan persemadian Osama di laut sebagai melanggar tradisi Islam dan akan menjurus militan untuk menuntut bela dengan menyerang sasaran Amerika.

Sebilangan besar ulama kanan menyifatkan tindakan Amerika itu sebagai satu penghinaan dan tidak mengendahkan amalan mengebumikan jenazah dalam kubur dan menghadap ke kiblat di Makkah.

Menurut mereka, persemadian di laut hanya dibenarkan dalam kes tertentu seperti apabila kematian berlaku di atas kapal yang sedang berlayar.

Imam Besar Masjid al-Azhar, Sheik Ahmed al-Tayeb, berkata persemadian Osama di laut "bertentangan dengan prinsip syariah, nilai agama dan amalan kemanusiaan".

Seorang ulama di Lubnan, Omar Bakri Mohammed, berkata: "Amerika mahu menghina orang Islam menerusi persemadian seperti ini dan saya tidak fikir ia satu kebaikan untuk pentadbiran Amerika."Osman dibunuh dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad, Ahad lalu.

Sementara itu, seorang jurucakap Universiti Al-Azhar berkata Islam menentang pengkebumian di dalam laut.

"Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb.

Katanya, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semulajadi mesti dihormati. Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati.

"Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas," tambahnya

0 Komen pengunjong :