Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lagi polis ganggu ceramah Anwar di Sarawak



BATU NIAH: Buat pertama kalinya selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, program ramah
mesra bersama pengundi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu pihak polis.
Kejadian berlaku di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kemena.
Gangguan polis yang masuk kali keempat setakat ini terhadap Anwar di negeri itu akhirnya dileraikan selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Polis kemudiannya membenarkan ucapan Ketua Umum KEADILAN itu diteruskan.
Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan penduduk Sarawak untuk melakukan perubahan secara aman.
“Saya datang ke mari bukannya nak cari gaduh. Tak mengapa, kita dah biasa dengan perkara begini,” kata Anwar merujuk kepada gangguan polis yang menimbulkan ketegangan.
“Nanti kalau kita perintah, gaji dan elaun polis pun kita naikkan,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh kira-kira 1000
hadirin.
Terdahulu, Anwar singgah ke beberapa pekan kecil termasuk Batu Niah dan pekan Sepupok di sepanjang perjalanan
menuju ke Bintulu untuk bertemu pengundi.
Beliau memperkenalkan calon-calon KEADILAN mewakili DUN Kemena, Bernard Bina Bayang dan Ishak Mahwi bagi
DUN N61 Bekenu.
Turut hadir dalam program ramah mesra bersama pengundi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai,
Chan Ming Kai dan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari.

0 Komen pengunjong :