Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kesan fitnah, Shamsul ingatkan kisah Juraij

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengingatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dan Islam untuk merenung kembali kisah Juraij yang menjadi mangsa hasutan fitnah.
Kisah itu katanya, dicatat dalam kitab Riyadhus-Solihin yang ditulis Imam Nawawi.
Beliau memberikan reaksi demikian memandangkan media arus perdana  termasuk akhbar Utusan Malaysia dan TV3 secara tidak bertanggungjawab meneruskan fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Telah banyak kisah dan pesanan terdahulu yang dibawa, termasuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a mengenai kisah fitnah, seperti yang menimpa seorang pemuda bernama Juraij.
“Dia adalah seorang yang tekun beribadat sehinggakan orang-orang di sekitarnya menyebut tentang kealimannya. Namun, dia diuji apabila didatangi oleh pelacur untuk mengajaknya melakukan maksiat.
“Akibat penolakannya, Juraij difitnah melakukan zina bersama pelacur itu sendiri sehingga kononnya melahirkan seorang bayi.
“Tempat ibadatnya dimusnahkan oleh orang-orang di sekitarnya. Tetapi, atas kuasa Allah SWT, bayi yang masih kecil itu sendiri berkata-kata dan mengakui bahawa Juraij bukan bapanya,” jelas Shamsul.
Menurut Shamsul, kisah yang berlaku kepada Juraij itu, kini berulang semula dan terjadi kepada Anwar yang menjadi mangsa fitnah dan konspirasi politik sejak 1998.
“Seperti mana skrip fitnah pada tahun 1998 yang direka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir, ia diulang sekali lagi pada kali ini,” kata Shamsul.
“Tetapi, mengapa sehingga ke hari ini, tidak seorang pun di antara mereka yang berani untuk berhadapan dengan Mahkamah Syariah apabila diadukan mengenai laporan Qazaf,” tegas Sahamsul
Dalam pada itu, beliau menambah, masa depan generasi muda, turut bergantung kepada situasi politik yang dicorakkan pemimpin hari ini.
“Anak-anak kita dan bakal pemimpin negara di masa hadapan seolah-olah dididik untuk melakukan perkara yang sama, tanpa melalui proses undang-undang sebenar.
“Apakah kita telah hilang perasaan jijik dengan memaparkan contoh membentuk kepimpinan melalui cara tersebut, seolah-olah mereka telah hilang rasa hormat?
“Tidak ada jaminan bahawa masa depan negara tidak akan lebih parah dari hari ini,” ujar Shamsul.

0 Komen pengunjong :