Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN kesal Polis Cawangan Khas di pusat mengundi

KUCHING: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, KEADILAN kesal dengan kehadiran anggota Polis Cawangan Khas yang berada di beberapa pusat pengundian di Sarawak,  bertujuan bagi menakutkan pengundi.
Rafizi yang kini berada di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di sini berkata, beliau mendapat maklumat tersebut dari petugas KEADILAN yang mengesan kehadiran anggota SB di N.28 Engkilili, dalam kawasan parlimen Lubok Hantu.
“Kita sedang mengenalpasti beberapa tempat tetapi yang terbukti terdapat Special Branch di DUN Engkilili apabila mereka dilihat berada di dalam pusat pengundian,” katanya.
Menurut Rafizi, beliau percaya tindakan itu dilakukan bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi, terutama di kawasan pedalaman supaya mengundi Barisan Nasional.
“Saya merasa tujuan diletakkan SB di kawasan-kawasan dayak ini adalah untuk menakut-nakutkan pengundi. Ini kerana mereka kenal dengan SB-SB tempatan,” katanya.
“SB tidak boleh dibenarkan berada di pusat pengundian kecuali mereka yang ada kaitan dengan SPR,” tegas beliau.

0 Komen pengunjong :