Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN desak Suruhanjaya DiRaja siasat kematian Ahmad Sarbani


PETALING JAYA: KEADILAN menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang yang meninggal dunia ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan untuk mensyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut Nik Nazmi, terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab tentang kematian allahyarham, di saat Suruhanjaya Siasatan Di Raja ke atas kematian Teoh Beng Hock sedang berjalan.
“Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Allahyarham Sarbani datang ke SPRM secara sukarela tidak masuk akal memandangkan beliau telah ditahan dalam Ops 3B pada 1 April dan dibebaskan atas ikat jamin pada 2 April yang lalu.
“Mengapa beliau hendak ke SPRM sekiranya tidak dipanggil oleh SPRM?,” soal Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia.
Menurutnya lagi, kenyataan Najib dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri Abdul Aziz bahawa OpS 3B  merupakan ketegasan kerajaan memerangi rasuah, tidak mempamerkan sikap sebenar kerajaan dalam melawan rasuah di kalangan pimpinan politik Barisan Nasional.
“Ini bukan kali pertama kerajaan BN lebih tegas bertindak terhadap penjawat awam berbanding pemimpin mereka sendiri,” tegasnya.
“Najib dan Nazri juga mengambil kesempatan meneruskan desakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja dalam isu video Dato’ T. Malang sekali pemimpin BN nampaknya  lebih mahu bermain politik dan bukannya menjawab persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam dan rakyat umum yang cintakan keadilan dan kebenaran,” ujar beliau.
Dalam masa yang sama, Nik Nazmi berharap Kongres Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tegas memperjuangkan kebajikan penjawat awam yang disiasat SPRM yang seolah didapati bersalah sebelum hukuman mahkamah diputuskan.
“Kami juga berharap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang baru ditubuhkan dapat memulakan siasatan ini untuk memulihkan keyakinan penjawat awam dan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan selepas rentetan satu demi satu kes malang,” tegas beliau.

0 Komen pengunjong :