Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

E-Mail 1 Malaysia Lanjutan Sarkas Najib, Kata Kit Siang


Kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM50 juta untuk memberikan e-mel percuma 1 Malaysia kepada setiap rakyat negara walaupun hampir seluruh masyarakat yang celik teknologi maklumat di negara ini mempunyai e-mel sebegitu, kata Penasihat DAP Lim Kit siang.
Adalah dipercayai projek e-mail 1 Malaysia yang dibiayai dengan wang rakyat akan digunakan oleh Barisan Nasional untuk menyebarkan propaganda pemerintah, khususnya semasa pilihanraya umum.
"Saya fikir emel 1 Malaysia ialah penipuan terbaru dalam 'sarkas 1 Malaysia ini. Rakyat Malaysia tidaklah terlalu 'ketinggalan dalam IT sehingga memerlukan RM 50 juta untuk 'diberikan emel baru. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak 12 tahun pun sudah pandai membuat akaun e-mel sendiri dan kebanyakan rakyat  sudah pun mempunyai kemudahan itu, kata beliau kepada TV Selangor hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia yang terjamin bagi tujuan-tujuan rasmi.
Portal web bernilai RM 50 juta itu akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad, antara lain menyediakan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian.
Kit Siang berkata alasan Najib kononnya e-mail 1Malaysia itu diwujudkan demi memastikan keselamatan transaksi menerusi alam siber tidak masuk akal kerana pilihanraya Sarawak membuktikan Malaysia masih jauh ketinggalan dalam aspek menangkis serangan siber.
"Dari pengalaman pilihan raya Sarawak yang lalu,  kita lihat pelbagai serangan siber terhadap Malaysiakini, Sarawak report, dan Harakah online. Idea emel satu Malaysia kepada setiap rakyat Malaysia hanya membuka satu lagi cabang untuk membolos kehidupan peribadi rakyat tanpa menitikberatkan soal keselamatan," kata Kit Siang.
Kit Siang mempertikaikan pembaziran tersebut dan menyatakan Kerajaan boleh menggunakan wang rakyat tersebut dengan tujuan yang lebih baik.
"RM 50 juta ringgit yang diperuntukkan untuk emel 1 Malaysia ini lebih baik disalurkan untuk pembangunan dan pembinaan keperluan asas luar bandar seperti kemudahan air dan elektrik," tegas beliau.
Justeru Kit Siang menyatakan e-mail 1 Malaysia tidak lebih daripada satu lagi projek BN untuk memperkayakan kroni tertentu dengan membazirkan wang rakyat.
"Keseluruhan idea t-shirt 1 Malaysia, tupperware 1 Malaysia, air mineral dan burger 1 Malaysia, menjadikan tujuan 1 Malaysia sebuah sarkas. Ia langsung tidak menyumbang kepada tujuannya yang sebenar untuk menyatukan rakyat. Tapi hanya menguntungkan sebahagian orang yang saya gelarkan 'pemburu kekayaan 1 Malaysia," katanya lagi.

0 Komen pengunjong :