Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Qazaf: Jawi dijangka panggil Datuk T


PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dijangka memanggil Datuk T untuk memberi keterangan berhubung penayangan video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut sumber, dakwaan Qazaf (tuduhan perbuatan zina) disiasat melalui Seksyen 58 Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1957.
Qazaf ialah tuduhan jenayah terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki yang adil.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina dan jika sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
“Apabila pengadu dipanggil maka tertuduh juga akan dipanggil untuk memberi keterangan,” kata sumber itu yang enggan disebut namanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, beliau tidak tahu bila Datuk T akan dipanggil memberi keterangan kepada pegawai Jawi.
Baru-baru ini pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) memfailkan permohonan Qazaf terhadap Datuk T rentetan beberapa kenyataan susulan trio itu yang menjurus kepada menuduh Anwar melakukan perkaratidak bermoral.
Datuk T merujuk kepada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Mereka adalah individu yang bertanggungjawab menayangkan video berkenaan kepada wartawan di hotel Seri Carcosa di ibu negara baru-baru ini.
Beberapa ahli parlimen pembangkang juga dilaporkan menonton video tersebut.
Semalam, pegawai Jawi mengambil keterangan dari Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau diminta datang sekali lagi ke pejabat Jawi pada 4 Mei depan.
Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut perkara tersebut.

0 Komen pengunjong :