Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Baru Bian : Kemenangan Bukti Rakyat Tekad Mahukan Perubahan


KUCHING 16 APRIL : Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Sarawak Baru Bian, menyifatkan kemenangan yang diperolehi menerusi kerusi Dewan Undangan Negeri N 70 Ba'kelalan sebagai bukti rakyat Sarawak benar-benar dahagakan perubahan, sekaligus menolak pimpinan rakus Barisan Nasional.

"Mereka (BN) tahu bahawa tempat ini adalah satu tempat yang simbolik dan penting sekali, dengan kemenangan ini merupakan satu langkah yang baik dan saya berpendapat ini akan membawa satu perubahan dan kesan kepada negeri-negeri lain kerana ia menentukan bahawa rakyat hendak berubah,"katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Keputusan tidak rasmi setakat ini mencatatkan Baru mendahului dengan 540 undi.

DUN Ba'kelalan mempunyai 6,958 pemilih berdaftar.

Pengundi di DUN  ini terdiri daripada Melayu/Melanau 2.72 peratus, Cina 3.29 peratus, Iban 4.05 peratus, Bidayuh 0.26 peratus, Orang Ulu 89.67 peratus dan lain-lain 0.01 peratus. 

Pengurus kempen PKR di Ba'Kelalan, Paul Bian mengesahkan abangnya Baru yang juga seorang peguam berjaya dalam cubaan keduanya bagi menawan kerusi yang terletak bersebelahan sempadan Kalimantan di Indonesia itu.

Jelas beliau lagi kerusi Ba'kelalan merupakan kerusi panas dan dianggap sebagai salah satu kubu kuat BN dan sewaktu kempen dijalankan, pimpinan tertinggi BN sanggup turun padang semata-mata mahu mempertahankan kerusi ini. 

"Ini adalah satu kemenangan yang luar biasa dan kita tahu bahawa ini, dalam kempen-kempen memberi tumpuan hebat kepada Ba'kelalan," tambah beliau.

Malah dengan kemenangan yang diperoleh ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak telah menerima mesej yang disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu tempoh 10 hari berkempen di Sarawak.  

"Mesej kita sudah sebarkan dan kongsi dengan mereka (rakyat) itu telah diterima, itu penting," ujarnya.

Baru Bian ditentang oleh  Willie Liau dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SDPD-BN).

0 Komen pengunjong :