Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Xavier saman Free Malaysia Today dan wartawannya


Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor (Adun Seri Andalas) telah mengarahkan peguam beliau Derek J. Fernandez melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah untuk menyaman portal laman web Free Malaysia Today dan wartawannya B. Nantha Kumar.

Ini berikutan tersiarnya sebuah artikel  oleh portal  laman web tersebut pada 22 Februari bulan lepas bertajuk “Xavier Pleads To Be Retained As Exco” yang antara lain mengatakan bahawa ahli Exco berkenaan telah merayu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dikekalkan dalam barisan Exco Negeri Selangor.

Dalam kenyataan media pada 24 Februari 2011 yang lepas, Dr. Xavier menafikan sekeras-kerasnya laporan itu dan sebaliknya mengatakan bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk memburuk-buruk imej beliau sebagai Exco Negeri Selangor

Hari ini syarikat guaman itu telah menghantar Notis Tuntutan (Notice of Demand) kepada kedua-dua defendan tersebut agar memohon maaf dan menarik balik artikel dan membayar sejumlah kos gantirugi yang berpatutan  dalam tempuh 7 hari dari tarikh notis tersebut.

Notis yang sama akan juga dihantar kepada akhbar berbahasa tamil, Tamil Nesan yang turut menyiarkan laporan yang sama pada 23 Februari yang lepas.

Dalam tuntutannya, Xevier menuntut agar laman web berkenaan menarik balik laporan itu dalam masa tujuh hari, memohon maaf, jaminan tidak akan mengulangi laporan sebegini dan membayar kos dan kerosakan akibat dari laporan itu sebanyak RM100,000.

Jika surat tuntutan ini tidak dijawab dalam masa tujuh hari, tindakan saman akan dimulakan ke atas laman web itu.

0 Komen pengunjong :