Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tunai haji kontroversi, Ghani Patail masih belum jelaskan


KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail ditegur kerana masih belum membuat penjelasan umum seperti dijanjikannya berhubung pemergian haji beliau diselubungi kontroversi.Teguran itu dibuat Tan Sri Robert Phang, bekas ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada satu ‘sesi teh tarik’ anjuran gerbang berita Malaysian Digest kelmarin.
Ghani pada 4 Januari lalu dalam satu sesi penerangan bersama lima ahli panel Lembaga Penasihat SPRM berjanji akan memaklumkan media berhubung pemergian haji beliau bersama seorang individu yang dipercayai kenalan rapat bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli.
Tajuddin masih disiasat SPRM dan seandainya wujud kes terhadap beliau, dakwaan akan dilakukan Peguam Negara.
Menurut Robert, apabila siasatan selesai kelak, ia akan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan dipanjangkan kepada Peguam Negara yang  akan memutuskan untuk membuat pendakwaan ataupun tidak.
Dalam hal ini, hubungan baik di antara Ghani Patail dan individu kenalan rapat Tajuddin menimbulkan konflik kepentingan samada pendakwaan dilakukan, atau pun tidak.
“Namun kini setelah dua bulan berlalu, Ghani masih belum tampil memberikan penerangan beliau berkenaan perkara itu,” kata Robert Phang.
“Jangan jadikan masalah peribadinya masalah kerajaan. Dia perlu tampil dan memberikan penjelasan memandangkan dia memegang jawatan kanan yang berpengaruh dalam kerajaan,” kata Robert.
Phang sebelum ini secara terbuka menggesa Peguam Negara memberi penjelasan berhubung dakwaan mengaitkannya  dengan tokoh korporat berprofil tinggi.
Siasatan itu menjurus kepada gambar-gambar percutian Abdul Gani Patail bersama Shahidan Shafie – yang dikenali sebagai proksi kepada Tajudin Ramli yang disifatkan telah mencalarkan imej Jabatan Peguam Negara.
Phang, yang juga Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Abdul Gani dengan tokoh tersebut telah mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara.

0 Komen pengunjong :