Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jepun di landa gempa bumi


TOKYO, 11 Mac — Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun, yang melanda timur laut Jepun tengah hari tadi (waktu Malaysia), meragut 11 nyawa setakat dan angka kematian dijangka terus meningkat. Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran kawasan industri.
Gempa bumi pada skala 8.9 ini menyebabkan seorang terbunuh di Fukushima, utara Tokyo, di mana empat juta orang terputus bekalan elektrik.
Amaran tsunami juga dikeluarkan di Sabah, Malaysia selain di Filipina, Taiwan dan Indonesia.
Malah amaran yang sama dikeluarkan di Colombia dan Peru.
Gegaran susulan juga dialami.
Satu loji penapisan minyak di Tokyo juga terbakar manakala beberapa dozen dipercayai terancam.
Tsunami juga menyebabkan kesemua pelabuhan di Jepun ditutup.
“(Keadaan) sungguh huru-hara. Kesemua operasi digantung,” kata broker kapal.
“Pelabuhan-pelabuhan akan ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu sehingga penilaian kemusnahan boleh dilakukan,” katanya lagi.
Broker kapal menjangkakan bayaran perkhidmatan kapal akan meningkat dalam jangka pendek memandangkan loji-loji tenaga mendapatkan semula simpanan bekalan manakala syarikat-syarikat keluli pula dijangka mengimport lebih banyak besi untuk proses pembinaan semula.
Laporan berkata tsunami juga dipercayai menjejaskan stok arang batu yang digunakan untuk tujuan penjanaan tenaga.
— Reuters

0 Komen pengunjong :