Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

TI-M: Siasat Taib untuk elak indeks rasuah merosot


Badan pemantau anti rasuah - Transparency International-Malaysia (TI-M) - menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata "dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa" itu terhadap keluarga ketua menteri itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

Beliau mengulas dakwaan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report -
yang mendedahkan dokumen yang mendakwa wujudnya empayar perniagaan membabitkan ketua menteri Sarawak itu di peringkat global dan dakwaan rasuah.

Beliau juga menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah.
Taib akan menyambut 30 tahun mentadbir Sarawak pada 26 Mac ini.

0 Komen pengunjong :