Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Harussani terkena racun sekular BN

 
TEMERLOH, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah terkena racun sekular apabila cuba mendakwa politik tiada kaitan dengan syurga neraka.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu telah memperlihatkan bahawa fahaman sekularisma- 'agama suku politik suku'- yang dibawa Umno BN telah meresap bukan sahaja kepada pemimpin mereka, tetapi juga agamawan termasuk mufti.

"Akhiryna mufti sendiri tidak dapat beza kefahaman Islam sebenar sehingga memberi pandangan songsang.

"Nabi sendiri berpolitiik dan menjadikan agama sebagai asas berpolitik,"katanya ketika ditemui di markaz induk PAS di sini.

Mufti Perak itu sebelum ini mendakwa syurga neraka bukannya ditentukan melalui pemilihan parti politik sebagaimana ditegaskan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam perkembangan sama, PAS Kelantan menyifatkan Harussani masih ingin mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan berkata PAS tidak pernah mengatakan syurga dan neraka itu hak pemimpin PAS.

Namun tambahnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya duduk diam, dan goyang kaki semata-mata untuk menunggu syurga dan neraka.

“Jadi, berpolitik itu adalah sebahagian amalan yang boleh dibuat dan memilih pemimpin yang baik adalah dituntut, malah ulama mengatakan menegakkan politik dan hukum Islam dalam sebuah negara adalah antara kebaikan yang paling besar”ujar beliau.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Harunssani ditekan oleh pihak tertentu sehingga dia kini cuba mempertikaikan perkara yang sudah jelas kebenarannya.

“Inilah akibat kalau sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, semakin terserlahlah kebatilan beliau walaupun cuba menegakkan benang yang basah,” katanya lagi.

Menyentuh tindakan Harunssani menuduh PAS bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum agama, Fadzli berkata ini adalah satu tuduhan yang berat dan PAS tidak dapat menerima tuduhan ini.

“Jelaskan satu persatu hukum hakam yang manakah PAS telah melanggarinya, sila kemukakkan bukti dan jangan membuat kenyataan umum dan kita juga minta beliau menjelaskan pendirian dalam isu kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang ini,”jelasnya.

0 Komen pengunjong :