Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gani harus jawab kes RTC dan rasuah RM40juta


SHAH ALAM 29 MAC : Peguam Negara Tan Sri Gani Patail harus menjelaskan kenapa beliau tidak mendakwa bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik atas tuduhan rasuah RM40 juta walaupun mempunyai bukti prima facie pada tahun 1999.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail yang ketika itu adalah Ketua Pendakwaraya menutup kes berkenaan bagi melindungi Rahim daripada dipenjarakan.
"Rekodnya ada pada saya, ditandatangani oleh Gani Patail. Disahkan. Boleh rompak negara RM 40 juta setahun lepas itu tidak ada pendakwaan.  Ini masalahnya... 'rule of law' (keluhuran undang-undang) tidak ada. Yang ada 'law of the jungle' (undang-undang rimba) dan pemimpinya (sekarang) adalah Najib dan Rosmah," kata Anwar dalam pidato khas sempena Majlis Solat Hajat tolak Fitnah 3, semalam.
Bekas Pegawai Polis SAC 11 Mat Zain Ibrahim semalam menegaskan Gani tidak mungkin memberi keadilan kepada Anwar kerana terbabit dalam menutup kes rasuah Rahim pada tahun 1999 walaupun mempunyai bukti-bukti kukuh pada tahun 1999.
Zain yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumour menyatakan Rahim telahpun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah dan kertas pendakwaan disahkan oleh Gani yang ketika itu bertugas di Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam negara.
Menurut Zain, tindakan pihak tertentu kemudiannya membolehkan Rahim terlepas daripada diheret ke mahkamah.
Penasihat  DAP Lim Kit Siang hairan bagaimana Gani boleh memberikan pelepasan sebegitu kepada Rahim walaupun bukti mencukupi untuk mensabitkan beliau. 
"Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk melepaskan mana-mana orang berdasarkan pertimbangan politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan," tegas Lim dalam majlis yang sama.
Lim turut membidas promosi berlebihan Pembentangan Program Tansformasi Kerajaan dan Bidang keberhasilan Utama (NKRA) yang diwar-warkan Najib sebagai mencapai semua matlamat walau pada hakikatnya berbeza.
"Adakah kita sudah percaya sudah berjaya untuk membasmi rasuah? Kadar jenayah turun? Adakah kita rasa lebih selesa dan selamat. Sebenarnya Ada satu lagi NKRA dalam program GTP tertinggal. Tak pernah politik Malaysia begitu kotor dalam masa seminggu.

0 Komen pengunjong :