Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fitnah II bukti Najib ulangi kezaliman diktator Stalin


Regim zalim seperti Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa mengetatkan cengkaman terhadap pejuang kebebasan sepertimana yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan Fitnah II, demi mengekalkan kuasa mereka.
“Sebab Anwar duduk dalam kandang tertuduh, sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN yang berperanan sebagai  ejen perubahan rakyat, dilihat menjadi batu penghalang untuk BN meneruskan kelangsungan politik buruk mereka.
“Reformasi dibawa Anwar akan menghapus ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran akibat asuah dan kronisme; membebas kawalan institusi politik dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat,” katanya.
Regim Umno BN memfitnah dan mendakwa Ketua Pembangkang itu dengan mengaitkannya dengan tuduhan liwat untuk kali kedua, sekaligus memutar kembali ‘wayang 1998′ untuk menghalang perubahan yang dibawa Anwar.
Berikutan itu, Surendran berkata, BN mencontohi regim zalim dengan mencipta fitnah terhadap pejuang rakyat, sekaligus mengulangi kezaliman regim Stalin, Burma, dan Nigeria.
“Bukan sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka
“Pada 1930-an, Stalin merancang siri perbicaraan bagi menyingkirkan semua pihak yang mengancam kekuasaannya. Pada 1995, Ken Saro Wiwa, tokoh pengkritik kerajaan Nigeria didakwa dengan pertuduhan rekaan dan dijatuhi hukuman mati.
“Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal,” katanya.
Dengan mencontohi mereka, beliau yang mahu Pejabat Peguam Negara berubah secara komprehensif dan bidang kuasanya dikaji, berkata rakyat cuba diperbodoh dengan perbicaraan yang disamarkan  dengan rendah-rendahkan undang-undang.
Surendran mengingatkan rakyat, tiada negara yang memperjuang kebebasan boleh ditekan sebegitu lama seperti di Malaysia dan percaya perubahan di negara ini, mungkin melalui jalan berliku.
“Tiada negara yang bergelut atas nama kebebasan boleh ditekan sebegitu lama, kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang,” katanya

2 comments :

  1. Bgi Umno/BN itu je cara. Hapus terus kerjaya politik anwar

    ReplyDelete
  2. @Gadis Melayu..... itulah sebenarnya yang dikehendaki Umno/BN. Klu tidak mereka rasa tak selamat.

    ReplyDelete