Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dun Sarawak bubar 21 Mac?

Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak kemungkinan dibubarkan pada 21 Mac ini bagi membolehkan pilihan raya negeri kesepuluh diadakan.
Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon.
Siang tadi, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak memberikan sebarang ulasan kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini.
Pada sebelah pagi, beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Beriang di Astana Negeri.
Sementara itu, lawatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini pada Sabtu ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pilihan raya negeri.
Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan pada 20 Mei 2006 bagi memilih 71 Adun di mana 9 Mei ialah hari penamaan calon.

Ketika itu, Dun Sarawak dibubarkan pada 24 April 2006 oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng atas nasihat Taib.

-/ Harakahdaily

0 Komen pengunjong :