Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Demo: Pakatan Rakyat Perak buat laporan polis


IPOH, 15 Mac: Pakatan Rakyat Perak telah membuat satu laporan polis berkenaan isu demonstrasi haram di hadapan pejabat PAS, DAP dan PKR di Jalan Medan Istana, Ipoh pada Ahad lepas.
Demo itu dihadiri oleh sekumpulan individu yang dikenali sebagai ahli Umno bersama Datuk Hamidah Othman, Adun Sungai Rapat yang juga merupakan ketua penerangan wanita Umno Malaysia.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri yang diwakili Sivakumar (DAP), Ismad Shahril (PAS), Chan Ming Kai (PKR), Wong Kah Woh (DAP) dan Ustaz Hafez Sabri (PAS) telah hadir ke Balai Polis Ipoh, hari ini untuk membuat laporan tersebut.
Poster-poster yang berbaur hasutan dan ugutan ditampal di depan pintu pejabat PAS, DAP dan PKR Perak dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan dan mempengaruhi keputusan mahkamah.
Tujuan demonstrasi haram itu kononnya untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNA, kumpulan demonstrasi haram itu juga telah menampal poster-poster yang mempunyai perkataan “subjudice” seperti andaikata PAS dan DAP gagal mendesak Anwar Ibrahim memberikan DNA, maka sahlah DNA lelaki Y adalah DNA Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim bakal Hosni Mubarak Malaysia dan beberapa kata-kata kesat yang ditulis di atas poster kumpulan demonstrasi haram itu.
Bagi PAS dan Pakatan Rakyat Perak, kes yang melibatkan Anwar masih dalam perbicaraan dan pertimbangan mahkamah.
Oleh yang demikian pihak luar tidak boleh campur tangan dan mempengaruhi keputusan hakim dan mahkamah.
Tindakan demonstrasi haram yang diketuai  Hamidah itu jelas menunjukkan bahawa bahawa Umno bertindak secara tidak professional serta mereka menghina mahkamah yang sedang membicarakan kes tersebut.
Pakatan Rakyat Perak menggesa agar pihak polis membuat penyiasatan dan menghentikan segera segala provokasi yang cuba menimbulkan iklim politik kotor di Perak supaya tindakan seperti desakan dan demonstrasi haram itu tidak mempengaruhi keputusan mahkamah dalam membuat sebarang keputusan kes berkenaan.

0 Komen pengunjong :