Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Beli Wakil Rakyat, RM1.4 juta Hanya Sebahagian Darinya


KUCHING, 13 MAC : Pakatan Rakyat tidak menolak kemungkinan lebih banyak wang dibelanjakan oleh UMNO Barisan Nasional untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat dalam usaha terdesak parti itu untuk menggulingkan beberapa negeri yang ditadbir gagasan itu.
Parti perkauman itu dilihat semakin terdesak apabila Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak membayangkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 tidak mustahil untuk diadakan dalam masa terdekat.
UMNO Barisan Nasional sekali lagi tidak dapat menepis dakwaan parti itu 'membeli' seorang ahli parlimen baru- baru ini berikutan Pakatan Rakyat mengemukakan salinan asal sekeping cek bernilai RM1.4 juta yang digunakan ahli parlimen itu untuk urusan jual beli tanah.
Pendedahan itu disusuli dengan penafian Ahli Parlimen Padang serai, N. Gobalakrisnan bahawa beliau dibayar wang untuk keluar dari PKR.
Gobalakrishnan meninggalkan PKR pada 29 Januari lalu dengan alasan hilang kepercayaan terhadap Anwar dan kepimpinan parti tersebut.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar berkata, jumlah yang tertera pada sekeping cek itu hanyalah secebis daripada jumlah wang yang digunakan untuk membeli beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum ini.
"RM1.4 juta adalah hanya untuk satu urusniaga tanah. Kita tidak tahu jumlah keseluruhan atau apa lagi yang diberikan kepada yang lain-lain," ujar Anwar.
Parlimen baru- baru ini dikejutkan dengan pendedahan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution bahawa pihaknya mengesan seorang wakil rakyat yang baru sahaja keluar parti, mempunyai keupayaan untuk membeli tanah di Kelantan.
Anwar berkata, dengan pendedahan itu, spekulasi bahawa wujud aktiviti 'membeli' sebelum ini sudah terjawab dan rakyat harus menilainya dengan bijak.
"Sekarang kita mempunyai bukti jelas menunjukkan memang Umno-BN  melakukan perancangan jahat untuk memburukkan PKR sebelum terus membeli wakil rakyat berkenaan," tambah Anwar.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Samsuri turut bertindak lompat parti.

0 Komen pengunjong :