Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar : Serangan Mahathir Cerminkan Peribadi Fitnahnya


Kesungguhan Tun Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mencerminkan keperibadian mantan Perdana Menteri itu yang sentiasa bingkas untuk mencaci dan menfitnah orang.
Justeru, kata Anwar, tidak ada keperluan lagi untuk beliau menjawab satu persatu tohmahan terbaru Mahathir dalam buku yang ditulis mengenai kisah hidupnya berjudul Seorang doktor di rumah.
"Kita bukan nak caci mencaci atau menfitnah orang, ianya tidak akan kemana. Kalau nak jawab Dr Mahathir pun tidak guna juga. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri 22 tahun," Anwar berkata pada ceramah di Bukit Jugra Banting.
"Kita bandingkan Saidina Umar Abdul Aziz yang memerintah dua tahun setengah dengan begitu berjaya sehingga tidak ada orang miskin untuk diberi bantuan zakat. Tetapi Dr Mahathir dalam 22 tahun pemerintahanya, mana nak membantu orang miskin, yang dibantuk ialah orang-orang kaya dengan  berbilion ringgit iaitu kawan-kawan dan anak beliau" tambah beliau.
Dalam buku Seorang Doktor diRumah nukilannya, Mahathir menunding jari terhadap pelbagai pihak termasuk Anwar sebagai punca masalah- masalah negara di sepanjang pemerintahannya.
Beliau mengulangi tuduhan-tuduhan bersabit peri laku moral Anwar bagi menghalalkan tindakannya memecat Anwar pada tahun 1998.
Anwar memberitahu ratusan orang di Banting bahawa Pakatan Rakyat menjadi musuh utama Umno dan Dr Mahathir kerana gagasan itu ingin membebaskan negara ini daripada rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa sekian lama.
Sebagai contoh, syarikat- syarikat kroni termasuk syarikat milik anak Mahathir, Mokzani diberikan kontrak- kontrak lumayan Petronas bernilai RM23 bilion.
"RM23 billion itu ada tiga syarikat dapat, yang pertama ialah Kencana milik Mohzani Tun Dr Mahathir iaitu salah satu daripada tiga melayu paling kaya di Malaysia. Kalau nak berniaga sampai untung berbilion ringgit menterkedarah , berniagalah, tapi jangan sampai begitu menketedarah(gelojoh). Rakyat yang susah," kata Anwar.
"Kita kata 23 billion ini untuk syarikat tempatan, syarikat tempatan itu siapa? yang ini mereka (UMNO) marak kepada kita sebab kita bongkar kerana mahu selamatkan negara,"
Anwar menggesa masyarakat Melayu supaya menilai laungan-laungan dan slogan yang dicanangkan oleh pemimpin Umno serta reliati sebenar mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan Umno.
"Orang Umno selalu laungkan kononnya "darah Melayu kita pertahankan dan kuasa melayu ditegakkan habis-habisan, kita tidak mahu melayu jadi pengkhianat. Saya nak tanya pengkhianat apa? Mereka cuma menjaga diri dan anak mereka," kata Anwar.
Anwar berkata skandal PKFZ adalah contoh paling jelas bagaimana pemimpin Umno bersekongkol dengan pimpinan MCA untuk mengaut keuntungan berbilion ringgit.
"Mereka (Umno) cakap kalau Pakatan Rakyat memerintah, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz akan menyerah semuanya kepada DAP. Tetapi kita tengok kes Ling Liong Sik (bekas Presiden MCA) dituduh menipu Mahathir, dan lepas itu Chang Kong Choy menipu satu lagi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi...maknaya pemimpin Umno ini semuanya bodoh,  habis kena tipu dengan MCA" kata Anwar.
Ling dan Chan adalah dua pemimpin tertinggi MCA yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membohong jemaah menteri yang diketuai oleh Mahathir dan Abdullah Badaw ketika itu berhubung bayaran pampasan untuk tapak PKFZ dan pinjaman tambahan bagi menjayakan projek itu.
Projek itu menyebabkan kerajaan kerugian sehingga Rm12 bilion.
Anwar berkata rakyat tidak lagi boleh menanggung beban untuk memberikan tempat kepada pemimpin-pemimpin rasuah tetapi harus mendokong pemerintahan yang amanah dan telus.
"Orang yang berjuang, bersiah dikatakan pengkhianat dan perasuah manakala perasuah dan pengkhianat pula diangkat sebagai pemerintah dam penguasa, ini kita kena jaga," tegas Anwar

0 Komen pengunjong :