Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar buat laporan polis video fitnah jahat


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berhubung fitnah terbaru mengaitkan beliau dengan satu rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan beliau.
Turut hadir sama mengiringi Anwar di IPD Dang Wangi ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Tian Chua; Naib Presiden, N Surendran; Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar; Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan peguam-peguam dari Lawyers for Liberty.
Kira-kira 400 penyokong mengiringi  Anwar membuat laporan polis berkenaan. Turut berlaku pergelutan di antara penyokong Anwar dan anggota polis di hadapan pintu kaca untuk masuk ke IPD berkenaan.
Anwar kini sedang membuat laporan polis di dalam IPD tersebut.
Media semalam digemparkan dengan kemunculan seorang individu dikenali sebagai Dato T, yang memanggil ketua editor-editor media perdana bagi menayangkan rakaman video lucah yang didakwa dilakukan pejuang rakyat itu.
Tayangan itu dilakukan di sebuah hotel ternama di ibu kota.
Ia merupakan fitnah paling jahat dan kotor yang dilakukan Umno-BN setakat ini bagi menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin rakyat selepas pihak pendakwa gagal mengaitkan Anwar dalam kes fitnah 2.
Petang Semalam, Anwar mengadakan sidang media menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan beliau merupakan lelaki dalam video seks itu.
Malah Anwar turut menyatakan alibi bahawa pada masa rakaman itu dibuat,  beliau berada bersama keluarga, kakitangannya  dan melayari laman twitter dengan  para penyokongnya.
Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai fitnah jahat dan jijik serat merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi bagi menjatuhkan beliau dan mengaibkannya seisi keluarga.

0 Komen pengunjong :