Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Yuhaizad bawa suara rakyat untuk dibela



Jika diberikan undi kepada calon PAS, Yuhaizad Abdullah, beliau sekurang-kurangnya boleh membawa suara rakyat ke persidangan Dun Melaka untuk dibela, setelah mereka ditipu sekian lama oleh para pemimpin Umno.
"Jadi kepada para pengundi di Dun Merlimau yang akan mengundi 6 Mac ini, saya harap berfikirlah lebih jauh mengenai perkara itu.
"Segalanya untuk kepentingan para pengundi itu sendiri. Jika betul orang yang dipilih, baiklah yang diperolehi. Jika silap memilih pula, padahlah pula jadinya," ujar Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam didakwa telah dikesan menjual tanah rakyat di negeri Melaka untuk kepentingan dirinya sendiri.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan ke atas tanah yang terletak di kawasan Pekan Melaka beberapa tahun lalu, sehingga menyebabkan mereka yang berharap untuk mendapat tanah menjadi kempunan kerana semakin ketiadaan tanah untuk dimiliki.
Abdul Ghani berkata, tindakan Mohd Ali Rustam itu merupakan antara penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno kepada rakyat, setelah mereka diberikan mandat untuk memerintah.
Menurut beliau, tindakan tersebut belum lagi dimasuk kira perbuatan-perbuatan lain yang dilakukan oleh Mohd Ali yang cukup sinonim dengan rasuah yang cukup menjijikkan.
Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab Mohd Ali itu sudah diketahui umum oleh rakyat Melaka termasuk para pengundi di kawasan Dun Merlimau yang akan membuang undi 6 Mac ini.
"Jadi pemimpin macam itukah yang hendak terus dipilih oleh orang ramai? Tapi itulah Ali Rustam dan itulah pemimpin Umno," katanya kepada Harakahdaily hari ini. 
 
Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh penduduk Melaka terutama yang tinggal di kawasan Dun Merlimau berfikir lebih jauh tentang untung nasib mereka jika terus memberikan sokongan kepada Umno atau BN dalam sebarang pilihan raya.
Renungan tersebut terutamanya perlu difokuskan terhadap sikap para pemimpin Umno atau BN di negeri itu sendiri yang bukannya berjuang untuk membantu orang ramai, tetapi untuk kepentingan mereka sendiri.
"Setelah diberikan mandat atau kepercayaan untuk memerintah, mereka bukannya melaksanakan tanggungjawab dengan baik, tetapi sanggup melakukan pelbagai penyelewengan, rasuah dan menipu rakyat untuk kepentingan mereka sendiri. Amat sedih jika kita fikirkan dengan apa yang mereka lakukan selama ini," katanya.
Kejadian seperti itu, katanya, bagaimanapun tidak akan berlaku jika orang ramai memilih PAS atau Pakatan Rakyat untuk memerintah Melaka khasnya dan negara ini amnya.

0 Komen pengunjong :