Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Taib Mahmud lebih kaya daripada Sultan Brunei – Clare Rewcastle


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud adalah antara orang terkaya di dunia, melebihi Sultan Brunei, kata Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown.
Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu.
“Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini,” katanya dalam artikel akhbar tabloid  itu.
Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.
Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.
“Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib. Rakyat inginkan perubahan dalam pilihan raya akan datang, tetapi akibat amalan rasuah menjadikan beliau semakin kaya,” katanya dipetik.
Mengikut artikel itu, Clare dan rakannya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak mengendalikan siaran Radio Free Sarawak walaupun bimbang akan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh.
Apatah lagi, artikel berkenaan turut menyatakan, seorang bekas pekerja Taib yang didakwa mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu dan kes itu masih dalam siasatan polis.
Berusia 51 tahun, Clare adalah seorang wartawan penyiasat yang memulakan kerjaya dengan BBC World Service pada 1983, berkahwin dengan adik Brown – Andrew – juga bekas wartawan dan kini seorang ahli strategi media.
Artikel itu menyatakan, Clare sebenarnya dilahirkan di Sarawak sebelum bekas tanah jajahan Inggeris itu diserahkan kepada Malaysia dan mendiami Bumi Kenyayang  sehingga berusia lapan tahun.

-/ Keadilandaily

0 Komen pengunjong :