Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Terpaksa Tampung GLC, Punca KWSP Beri Dividen Rendah


SHAH ALAM 22 FEB :Terpaksa menampung kegagalan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) merupakan antara punca utama dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berada pada kadar yang sepatutnya, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad.
Katanya, tindakan kerajaan yang sering menggunakan KWSP untuk menjadi penyelamat kepada projek-projek besar GLC yang gagal dilaksanakan, mengakibatkan beban besar terpaksa ditanggung oleh KWSP yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan awam.
"Kalau kita lihat kembali bagaimana KWSP seolah-seolah dipaksa menyelamatkan dan membawa keluar syarikat berkaitan kerajaan. Ini sebenarnya punca kerugian KWSP dan di sinilah ketirisannya. Di sinilah berlakunya pulangan yang agak buruk.  
"Keuntungan dalam pasaran ekuiti dimakan oleh pelaburan dalam GLC. Kita masih boleh ingat suatu ketika dahulu ia (membiaya) Pos Malaysia, Sime Darby, Bakun," kata Dr Dzul ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.  
Semalam KWSP mengumumkan dividen 5.8 peratus kepada 11 juta pencarum di negara ini walaupun pendapatan kasarnya telah meningkat 40 peratus. Pulangan dividen itu dilihat tidak wajar memandangkan peningkatan bursa saham adalah sebanyak 19.3 peratus sedangkan dividen KWSP hanya naik 0.15 peratus dari tahun 2009.
Semalam penasihat DAP, Lim Kit Sing turut melahirkan rasa terkejutnya dengan pengumuman itu kerana ia tidak selaras dengan kenaikan 40 peratus pendapatan KWSP sebanyak RM24.06 bilion berbanding RM17.22 bilion pada tahun 2009.
Malah perkara tersebut diakui oleh Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman bahawa pencapaian itu menggambarkan tahun memberangsangkan yang mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan tersebut mencecah rekod tertinggi dalam sejarah.
Hal ini kata Dr Dzul, menguatkan lagi hujahnya bahawa keuntungan KWSP tidak dapat disalurkan melalui dividen kerana beban yang ditanggung oleh KWSP.
"Kalau lah pelaburan itu dalam aset ekuiti atau dalam saham, sepatutnya pulangan mesti tinggi. Ini jelas menunjukkan pelaburan KWSP dalam pelaburan-pelaburan yang mana KWSP terpaksa melabur dan wang KWSP digunakan. Ini yang menjadi pertikaian ketika ini.    
"Saya mendapati negara-negara yang lain memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi," katanya lagi.
Antara projek yang dikatakan terpaksa dibiayai oleh KWSP ialah projek Empangan Bakun. Dalam projek ini yang berjumlah RM7.3 bilion, RM5.75 bilion daripadanya dibiayai oleh KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
Penggunaan akaun KWSP itu menimbulkan kegusaran banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat.

0 Komen pengunjong :