Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pertandingan Antara Calon PAS Dan BN Di Merlimau




MERLIMAU 26 FEB : Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah. 
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff mengumumkan di sini bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima dua pencalonan bagi pilihan raya kecil DUN itu yang akan diadakan pada 6 Mac depan.
Selepas tempoh bantahan ditutup, SPR menerima tiga bantahan dan tiada calon ditolak pencalonan.
Pilihanraya kecil DUN Merlimau diadakan selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, meninggal dunia pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung. 
Pada pilihan raya umum 2008, beliau menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.
Jumlah pengundi untuk DUN Merlimau ialah 10,679 pengundi manakala 36 adalah pengundi pos.
Komposisi pengundi  terdiri daripada Melayu seramai 6,850 orang, kaum seramai Cina 2,225 orang, India seramai 1,569 orang dan lain-lain 37 orang.
Terdapat 21 Bilangan Saluran mengundi  dengan 7 dijadikan sebagai pusat mengundi dan Pusat penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau.
Proses penamaan calon itu berjalan lancar dalam cuaca cerah tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong.

0 Komen pengunjong :