Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pencapaian 22% Ekuiti Bumiputera Suatu Lagi Retorik Umno-BN


Membalas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di Sin Chew Digest semalam (18 Februari 2011, Jumaat) yang seolah mengelak dan sengaja membebankan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk menjawab soalan wartawan bilakah ekuiti Bumiputera akan mencapai sasaran 30%, adalah amat dikesali.

Mengapa beliau sengaja mahu membebankan TERAJU sebagai sebuah unit baharu untuk membuat penyelidikan sedangkan penubuhan TERAJU sendiri masih tidak jelas dan dipersoalkan sehingga kini. Saya hairan mengapa Mustapa terlalu bergantung harap pada TERAJU sedangkan beliau sendiri boleh merujuk kepada kajian Laporan Dasar Ekonomi Baru yang sedia ada.

Inilah suatu tindakan yang saya sifatkan sebagai pembaziran secara terbuka dan sengaja, apabila boleh dirujuk Laporan sedia ada, tetapi sengaja mahu membuat penyelidikan baru, yang pastinya akan melibatkan kos penyelidikan berjuta-juta lagi.

Malahan agak hairan bila mana beliau mengumumkan ekuiti Bumiputera telah mencapai 22% sedangkan realitinya kita masih melihat, kebanyakan warga miskin di Malaysia adalah Bumiputera. Sedangkan kos kenaikan harga barang semakin meninggisaban hari, bagaimana pula kerajaan boleh positif untuk menyakinkan rakyat bahawa ekuiti Bumiputera kita sedang meningkat?

Jelas, fakta yang dikeluarkan boleh dianggap tiada sentuhan reality, tetapi hanya retorik semata-mata. Saya meminta agar Datuk Seri Mustafa, dan pimpinan Umno-BN lain lebih realistik dan bertanggungjawab dalammembuat kenyataan dan bukan hanya sekadar mahu memancing undi semata-mata.



ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG

0 Komen pengunjong :