Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan ada jawatankuasa parlimen, tidak perlu kabinet bayangan- Anwar


 PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini mengenai pembentukan Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat yang fungsinya menyamai kabinet bayangan.
Sekaligus, Anwar menjawab kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang menggesa supaya Pakatan mengemukakan barisan  kabinet bayangannya sendiri.
“Tak perlu bentuk kabinet bayangan kerana kita telah mendahului dengan membentuk jawatankuasa parlimen. Usaha Datuk Seri Najib bertanyakan kabinet bayangan kita ucap terima kasih kerana ini satu penghargaan tentang keupayaan dan persiapan Pakatan mengambil alih Putrajaya.
“Sebelum ini, mereka (Umno-BN) hanya memperlekeh keupayaan Pakatan Rakyat tapi kali ini mereka betul ingin tahu tentang jawatankuasa (kabinet bayangan) dan tokoh mana yang bertanggungjawab,” kata Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di sini petang tadi.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan pimpinan tertinggi dari KEADILAN, Pas dan Dap.
Pakatan pada 2009 membentuk satu senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian dengan matlamat menyediakan ahli-ahli parlimen dan meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.
Jawatankuasa itu dibentuk mengikut 25 Kementerian seperti dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.

0 Komen pengunjong :