Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hutang isi rumah membimbangkan

PETALING JAYA – Peningkatan hutang isu rumah yang ditanggung rakyat sekarang amat membimbangkan kerana ia akan merendahkan kuasa beli pengguna, sekali gus mengurangkan aliran tunai dan melembapkan ekonomi domestik.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keadaan ini merunsingkan kerana antara puncanya tanggungan rakyat berkenaan pinjaman perumahan dan kenderaan menjadi sebahagian besar bayaran pinjaman keluarga setiap bulan.

Menurutnya, mengikut laporan statistik dari Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010, hutang isi rumah negara sudah mencecah RM557 bilion, bersamaan dengan 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik.

“Daripada hutang berjumlah RM557 bilion ini, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pinjaman perumahan.

“Jumlah hutang kad kredit yang ditanggung rakyat adalah tinggi, dianggarkan RM200 bilion, menunjukkan rakyat menggunakan kad kredit untuk menanggung perbelanjaan harian,” katanya pada sidang media mingguan PKR semalam.

Selain itu, Azmin mendakwa harga kereta di Malaysia menjadi mahal disebabkan tiga jenis cukai, iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

“Kereta di bawah 1,500cc akan dikenakan sekurang-kurangnya 70 peratus cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 peratus untuk cukai eksais dan 10 peratus untuk cukai jualan, manakala cukai 100 peratus untuk kereta import, iaitu 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.

“Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil dijual pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan,” katanya.

Azmin mendakwa harga rumah semakin meningkat menjadi bebanan kepada rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.

“Dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil,” katanya.

Kata Azmin lagi, PKR akan adakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar bagi menghapus dan menyelesaikan masalah yang semakin menekan rakyat pada hari ini.

0 Komen pengunjong :