Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fitnah 2 : CCTV Kondominium Tumpuan Utama


KUALA LUMPUR 24 FEB : Sebuah klip video dari kamera litar tertutup kondominium Desa Damansara ditunjukkan menjadi tumpuan utama  pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Video berkenaan menunjukkan  sekumpulan orang termasuk pengadu Saiful Bukhari Azlan dan  Datuk Seri Anwar  tiba di  Kondominium itu pada Jun 2008 .
Saiful  mendakwa beliau diliwat di sebuah unit di kondominium itu, namun pasukan peguam bela bertegas Anwar tidak berada di unit berkenaan sebagaimana yang di dakwa oleh pengadu.

Pegawai Analisis Audio, Video dan Foto makmal forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat ditugaskan untuk menganalisis rakaman video setelah menerimanya dari pegawai penyiasat  DSP Jude Periere pada 4 Julai 2008.
 Menurut Fauziah,  beliau diarahkan  mengenalpasti beberapa buah kenderaan dan individu yang kelihatan muncul di bangunan berkenaan. 
Antara perkara yang menjadi perhatian Hakim Zabidin Mohd Diah termasuk perbezaan masa antara kehadiran pemilik kereta plat berdaftar WPK 5925 yang dipercayai kepunyaan Saiful dan pemilik DAE 5 yang tidak dapat dikenalpasti.
Mahkamah kemudian diberitahu berdasarkan rakaman video bahawa pemilik kenderaan WPK 5925 iaitu Saiful hadir pada jam 2.42 petang iaitu masa yang sama pemilik DAE 5 meninggalkan kondominium.
Rakaman memaparkan  Anwar membawa kenderaan bernombor daftar WMK 6 masuk ke kawasan kondominium Desa Damansara pada jam 12.13 tengahari sebelum naik ke tingkat 5 menggunakan lif.
Beliau kemudian kelihatan beredar bersama seorang individu lain pada jam 5.30 petang pada hari yang sama.

Mahkamah mencatatkan 7 jenis kenderaan bersama individu berasingan berada di kondominium itu pada sekitar jam 12 tengahari  hingga 5 petang 26 Jun 2008. 
Hakim Zabidin kemudian menangguhkan prosiding dan ASP Fauziah akan dipanggil semula pada Isnin minggu hadapan.
Dalam pada itu,memetik laporan portal berita Keadilandaily, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifudin turut mengesahkan kehadiran Anwar ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 namun untuk menghadiri taklimat ekonomi bersama kumpulan pakar.

0 Komen pengunjong :