Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemimpin Umno-BN Bersikap Hipokrit




KUALA LUMPUR 31 JAN : Pilihan raya kecil DUN Tenang memperkukuhkan lagi anggapan bahawa sememangnya pemimpin  Umno-Barisan Nasional bersikap hipokrit, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad. 
"Bercakap dengan orang bukan Islam mereka memberi tahu PAS hendak tegakkan negara Islam, berhadapan dengan orang Islam mengatakan PAS sudah buang negara Islam kerana takut kepada DAP," katanya dalam satu kenyataan medianya.
Parti Islam Semalaysia (PAS), katanya, mengucap tahniah kepada pengundi dan  semua petugas pilihanraya kecil Tenang dari kalangan  PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus untuk membantu calon Pas Normala Sudirman. 
Semua penyokong Pakatan Rakyat bertungkus lumus  seolah-olah mereka yang bertanding. Pertolongan yang datang dengan ikhlas tanpa bantuan dan upah, malahan ada di kalangan mereka yang mengeluarkan wang poket sendiri untuk melancarkan jentera pilihanraya, katanya.
"PAS mengucap tahniah dan penghargaan kepada Cikgu Normala Sudirman yang mewaqafkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya kecil 31 Jan 2011 untuk mewakili PAS dan Pakatan Rakyat. Penghargaan khusus kepada Cikgu Maaruf yang memberi dorongan dan perangsang kepada Cikgu Normala sepanjang tempoh berkempen," kata Idris.
Tambahnya, isu untuk menjauhkan orang bukan Islam dengan PAS  masih gagal walaupun isu salam dan negara Islam. PAS juga berpandangan kempen BN hendak memburukkan perjuangan PAS di hadapan orang bukan Islam gagal. 
"Pemimpin  Umno yang hipokrit dan lidah bercabang, bercakap dengan orang bukan Islam mereka memberi tahu PAS hendak tegakkan negara Islam, berhadapan dengan orang Islam mereka mengatakan PAS sudah buang negara Islam kerana takut kepada DAP," katanya.

0 Komen pengunjong :