Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tunjuk Kuasa Biar Kena Pada Tempatnya, PM





Perdana Menteri Najib Razak mungkin orang yang paling gembira sekali dalam 1 Malaysia apabila mengisytiharkan cuti umum esok sempena kejayaan Malaysia merangkul Piala AFF buat julung kalinya semalam.

Syabas kepada pasukan bolasepak Malaysia. Sebagai Perdana Menteri, Najib tentunya mahu mempamerkan beliau mempunyai kuasa,  bukan sahaja untuk mengucapkan tahniah, malah mengisytiharkan cuti umum bagi 1 Malaysia.

Namun Najib harus berhati-hati menggunakan kuasa itu ...kerana segelintir rakyat dan peminat sukan yang lebih objektif akan bertanya - kenapa tidak ada cuti umum semasa Nicol David menang kejuaraan dunia untuk kali ke lima September lalu?

Beberapa kejayaan atlit lain juga boleh diungkit sebagai perbandingan namun cukup sekadar mengingatkan bahawa rakyat tetap tabik kepada pasukan bolasepak Malaysia walaupun tanpa diberi cuti umum.

Cuti umum tidak menjadikan kejayaan wira-wira  Malaysia semalam lebih bermakna untuk rakyat. Ia sekadar mengingatkan kita keperluan untuk memberi pengiktirafan yang setara kepada setiap atlit dan sukan apabila mereka mengecapi kejayaan di peringkat antarabangsa.

Tidak perlu juga diungkitkan sumbangan wira-wira seperti Nicol dan Lee Chong Wei kepada imej negara dengah pengorbanan dan sumbangan mereka di arena masing-masing.

Kejayaan pasukan bolasepak Malaysia semalam tidak diperkecilkan. Mereka harus diraikan dan diberi pengiktirafan.

Namun Perdana Menteri perlu untuk menggunakan kuasa dan kebijaksaannya secara berhemah supaya tidak ada pihak yang tersinggung atau merasa dianak tirikan di sebalik keghairahan untuk mempamerkan pemimpin bersama rakyat.

Lebih-lebih lagi di bawah konsep Satu Malaysia.

-/ TVSelangor

0 Komen pengunjong :