Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Respon PKR terhadap soalselidik UMCEDEL


Soalselidik yang baru dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjelang pemilihan parti telah dibentangkan kepada pimpinan KEADILAN beberapa minggu sebelum disampaikan kepada media.
KEADILAN merupakan parti yang memimpin budaya politik baru di Malaysia.  Sejak awal lagi, parti menyedari risiko yang dihadapai, sekiranya sistem satu anggota satu undi menyebabkan persaingan yang berpanjangan.  Namun walaupun proses pemilihan mencabar, proses tersebut juga perlu bagi memastikan kualiti kepimpinan dan mengurangkan risiko politik wang.
Parti mengambil risiko ini sekarang meskipun wujud kemungkinan persepsi negatif pengundi selepas kempen serangan UMNO-BN untuk memanipulasi pemilihan.  Sebelum ini, KEADILAN telah membuat satu lagi keputusan berani.  Pada tahun 1999, konsep parti pelbagai kaum yang benar-benar mewakili semua rakyat Malaysia dilihat berisiko, namun KEADILAN tetap istiqamah dan pendekatan ini menyumbang kepada kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan pembentukan Pakatan Rakyat.
Keputusan melalui proses pemilihan langsung telah terbukti keputusan yang baik apabila lebih ramai pimpinan wanita dan muda mendapat tempat di peringkat nasional dan cabang seluruh negara.
Kami yakin dengan kematangan rakyat dan KEADILAN mempunyai kebolehan untuk bertindak berdasarkan kematangan ini.  Kekuatan KEADILAN datangnya daripada rakyat dan kami akan terus berusaha untuk terus memantapkan KEADILAN agar rakyat Malaysia mendapat parti politik yang terbaik.  Justeru kami mengalu-alukan sebarang kritikan membina dan pandangan dengan hati yang terbuka.
KEADILAN akan memulakan siri kempen di peringkat nasional untuk kembali menengahkan keadilan sosial dan permasalahan rakyat dalam wacana politik Malaysia.
*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad, selaku Pengarah Komunikasi PKR.

0 Komen pengunjong :