Keadaan ekonomi Malaysia di bawah Umno-Barisan Nasional(BN) semakin parah dengan hutang negara terus meningkat manakala 40 peratus rakyat hidup dengan pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.
Tiga daripada setiap empat keluarga dengan pendapatan rendah sebegitu adalah rakyat keturunan Melayu dan bumiputera lain.
Statistik-statistik ini diumumkan oleh Pakatan Rakyat hari ini untuk mengukuhkan hujah bahawa pengundi harus berani melakukan perubahan dengan menukar kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.
Buku bertajuk 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' yang diedarkan sempena Konvensyen ke dua Pakatan Rakyat, menyenaraikan realiti keadaan negara yang cuba disembunyikan oleh Umno-Barisan Nasional.
Selama 12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit.
Purata hutang negara pada tahun ini dijangka naik kepada RM408.2 bilion berbanding RM362.4 bilion tahun lalu.
Defisit Malaysia berbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar melonjak kepada 53.3 peratus tahun lalu.
Untuk 10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai pertumbuhan ekonomi yang disasarkan.
Antara 2001 hingga 2005 negara sekadar mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus sahaja, jauh lebih kecil dari sasaran 7.5 peratus.
Manakala dari tahun 2006 hingga tahun ini, purata pertumbuhan menguncup kepada 4.2 peratus, jauh daripada pertumbuhan enam peratus yang disasarkan.
Kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 hingga 2010 adalah sekitar 2.6 peratus sahaja, berbanding purata kenaikan gaji global sebanyak 3.2 peratus.
Empat puluh peratus rakyat Malaysia berada dalam lingkungan pendapatan seisi rumah kurang dari RM1,500 sebulan. Tiga dari empat keluarga paling miskin ini adalah sama ada Melayu atau Bumiputera lain.
Kira-kira 34 peratus dari 4 juta pekerja Malaysia dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan. Kuasa membeli rakyat pula meguncup 4 peratus antara tahun 1990 hingga 2009.
Subsidi berbilion ringgit yang dijanjikan tidak sampai kepada rakyat yang memerlukannya.
Kira-kira 62 peratus dari RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan setiap tahun diberi kepada sektor korporat, khususnya penjana tenaga bebas dan konsesi lebuhraya yang rata-rata merangkumi syarikat-syarikat kroni.
Jumlah itu jauh lebih besar dari RM4 bilion sebagai subsidi makanan dan RM11 bilion untuk minyak.
Namun Kerajaan Umno-BN pimpinan Najib Razak menarik balik kedua-dua subsidi ini secara berperingkat atas alasan ia membebankan kerajaan. Namun subsidi untuk syarikat-syarikat besar dikekalkan.

0 Komen pengunjong :